Wednesday, 9 September 2015

Khamis 10 Sept 2015.
Kelas TMK ganti hari semalam. Semalam ada pertandingan melukis Hari Kemerdekaan. Kebetulan hari ni cikgu Matematik tahun 5 tiada kerana terlibat sebagai pengawas peperiksaan UPSR, maka saya mengambil peluang untuk menggantikan kelas semalam.

Tajuk yang hendak diajar ialah membina blog. Sudah 5 minggu tersangkut di tajuk ni. Buat email saja sampai ambil masa 2 minggu. Susah sungguh...line internet pun kurang memberangsangkan. Ini dah minggu ke 3 membina blog. Bila nk create bolg saja terus keluar page not valid. Hadoi....apa masalah sebenarnya.

Ada beberapa orang murid saja yang lepas membina blog. Sekarang saya ajar mereka untuk post sesuatu artikel saja. Untuk edit layout dan sebagainya...saya hold dulu... Nanti ada masa boleh ajar.

 


 
Sekian saja sebagai contoh untuk tontonan murid tersayang.

No comments:

Post a Comment